Sunday, 20 March 2016

PENGHARGAAN



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Waaupun terdapat perkata yang tidak dapat dielakkan namun ia tidaklah menjadi satu masalah besar dalam menyiapkan tugasan ini.

Namun begitu kami tetap berusaha mencari dari pelbagai sumber dan hasilnya tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras dan juga bantuan daripada rakan-rakan sekumpulan dalam menyiapkannya. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Adnan bin Md Noor merangkap pensyarah kami yang telah banyak memberi garis panduan dan sedikit tunjuk ajar berkenaan perlaksaan tugasan ini.

Dalam kajian ini, kami dapat mengenal pasti dan mempelajari peranan syariah dalam pelaksanaan sains dan teknologi. Malah secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri masyarakat diluar dalam membuat atau mencipta teknologi-teknologi baharu berlandaskan  garis panduan dalam Islam.

Justeru itu, saya amat berbesar hati kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya. Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Diharap  hasil kerja kami ini dapat memberi sedikit sebanyak pedoman dan panduan kepada masyarakat secara amnya. INSYA ALLAH.


Sekian, terima kasih.

MEMELIHARA AGAMA

Agama Islam harus dibela dari ancaman orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang hendak merosakkan aqidah, ibadah dan akhlak umat Islam. Ajaran Islam memberikan kebebasan untuk memilih agama, seperti ayat Al-Quran:

       “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)…”
(QS Al-Baqarah [2]: 256).

Akan tetapi, untuk terpeliharanya ajaran Islam dan terciptanya rahmatan lil’alamin, maka Allah SWT telah membuat peraturan-peraturan,termasuk larangan berbuat musyrik dan murtad:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala   dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempesekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”
(QS An-Nisaa [4]: 48).


Dengan adanya Syariat Islam, maka dosa syirik mahupun murtad dapat dibendung. Peranan utama syariat Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta pelaksanaannya. Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku. Andai kata sudah berlaku, maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didkan akan dilaksanakan. Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambil kira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama. Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan hendakah memberikan kebaikan kepada memelihara agama. Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah SWT dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam adalah termasuk jenayah hudud.

MEMELIHARA MARUAH

Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambil kira kepentingan maruah umat. Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan kemusnahan yang besar. Atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen atau merobek maruah manusia atau maruah agama. Kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini adalah antaranya berpunca daripada kealpaan para saintis, teknorat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia. Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
(Al-Isra', ayat 31)



Keingkaran dan ketidakpatuhan manusia kepada syara' telah mengakibatkan perlakuan seks bebas dan merosakkan kehormatan dan keturunan. Demi memelihara tamadun manusia, akhlak dan keturunannya, al-Quran telah menjelaskan aspek penghukuman yang tegas terhadap jenayah zina sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud,

”Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang beriman”

(An-Nur, ayat 2).

MEMELIHARA NYAWA

Agama Islam sangat menghargai nyawa seseorang. Oleh sebab itu, lakukanlah hukuman qisas yang merupakan suatu bentuk hukum pembalasan. Seseorang yang telah membunuh orang lain akan dibalas dibunuh, seseorang yang telah mencederai orang lain, dibalas dicederai, seseorang yang yang telah menyakiti orang lain, akan dibalas disakiti secara setimpal. Dengan demikian, seseorang akan takut melakukan kejahatan. Ayat Al-Quran menegaskan:
      
“Hai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan kepadamu qisas (pembalasan) pada orang-orang yang dibunuh…”
(QS Al-Baqarah [2]: 178)
.

Namun, qisas tidak dilakukan jika si pelaku dimaafkan oleh saudara yang telah disakiti olehnya, atau daiat (ganti rugi) telah dibayarkan secara wajar. Ayat Al-Quran menerangkan hal ini:
   
“Barangsiapa mendapat pemaafan dari saudaranya, hendaklah mengikuti cara yang baik dan hendaklah (orang yang diberi maaf) membayar diat kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula)”
(QS Al-Baqarah [2]: 178).

Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah. Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah kes qisas. Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa.

Dalam waktu yang sama,mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Pensyariatan hukum dalam Islam mengambil kira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya, segala bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan diri manusia.

              Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya, dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat dan nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia. Dengan adanya Syariat Islam, maka pembunuhan akan dapat dielakkan kerana para pembunuh akan berfikir berulang kali untuk membunuh kerana nyawanya sebagai taruhan. Dengan begitu, jiwa orang beriman akan terpelihara

MEMELIHARA AKAL

Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolok bandingnya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan computer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak. Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah minda.

Islam melarang segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda. Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda. Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam.

Saintis,teknokrat dan jurutera hendaklah menghasilkan kajian dan ciptaan yang menggunakan ketajaman minda. Dalam waktu yang sama, kesan langsung hendaklah juga memelihara kecerdasan akal. Bukan satu kecemerlangan dalam ilmu apabila ciptaan yang dihasilkan baik dalam pelaksanaan, namun memberikan kesan buruk pada akal manusia.

Akal juga adalah ciri utama yang menentukan hakikat kemanusiaan. Dengan ini, Islam telah melarang umatnya untuk melakukan perkara-perkara yang merosakkan akan fikiran.Kedudukan akal manusia dalam pandangan Islam amatlah penting. Akal manusia diperlukan untuk memikirkan ayat-ayat Al-Quran dan sunnah menuju ke arah yang lebih baik. Salah satu cara yang paling utama dalam memelihara akal adalah dengan menghindari khamar (minuman keras) dan judi. Ayat-ayat Al-Quran menjelaskan sebagai berikut:
         
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai khamar (minuman keras) dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar dari manfaatnya.”

(QS Al-Baqarah [2]: 219)

MEMELIHARA KETURUNAN

Islam secara jelas mengatur pernikahan, dan mengharamkan zina. Didalam Syariat Islam telah jelas ditentukan siapa sahaja yang boleh dinikahi, dan siapa sahaja yang tidak boleh dinikahi. Al-Quran telah mengatur hal-hal ini:
          
“Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu.”
(QS Al-Baqarah [2]: 221).

“Perempuan dan lak-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”
(QS An-Nur [24]: 2)
Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan sama ada secara langsung atau tidak, seperti:-
·         Liwat
·         Istimna’ – Onani
·         Musahaqah – Lesbian
·         Mendedahkan aurat
·         Berdua-duaan lelaki dan wanita
·         Zina atau tuduhan melakukan zina
·         Bercakap atau menunjukkan aksi lucah
·         Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
·         Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
·         Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita, gambar atau filem lucah.


Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau ta’zir. Justeru itu, Islam mensyariatkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia. Syariat Islam akan menghukum dengan tegas secara fisik dan emosional (dengan disaksikan ramai orang) agar para pezina bertaubat

MEMELIHARA HARTA

Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok, membazir,dan menspekulasi pasaran modal. Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya. Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu. Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah ini. Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada kematian dianggap mati syahid akhirat.Dengan adanya Syariat Islam, maka para pemilik harta benda akan merasa lebih aman, karena Islam mengenal hukuman hudud,iaitu potong tangan atau kaki. Seperti yang tertulis di dalam Al-Quran:      “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagaimana) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana”(QS Al-Maidah [5]: 38).Hukuman ini bukan dilakukan dengan semena-mena. Ada batasan tertentu dan alasan yang sangat kuat sebelum diputuskan. Jadi bukan bererti orang mencuri dengan serta merta dihukum potong tangan. Dilihat dulu akar masalahnya dan apa yang dicurinya serta kadarnya. Jika ia mencuri kerana lapar dan hanya mengambil beberapa butir buah untuk mengisi perutnya yang lapar, tentunya tidak akan dipotong tangan. Berbeza dengan orang yang mampu yang sememangnya sengaja memperkaya diri dengan menyalahgunakan jabatannya, tentunya hukuman berat sudah pasti buatnya. Dengan demikian Syariat Islam akan menjadi biasa dalam menjaga suasana tertib masyarakat terhadap berbagai tindak pencurian.

KESIMPULAN

RUJUKAN