Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang
boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri,
menyorok, membazir,dan menspekulasi pasaran modal. Islam menetapkan kewajipan
mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang
dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya. Pencarian harta
hendaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat menjadi kaya bukan
menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke arah itu. Hukuman hudud
seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat Islam
memandang serius jenayah ini. Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta
sehingga membawa kepada kematian dianggap mati syahid akhirat.Dengan adanya Syariat Islam, maka para pemilik
harta benda akan merasa lebih aman, karena Islam mengenal hukuman hudud,iaitu
potong tangan atau kaki. Seperti yang tertulis di dalam Al-Quran: “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah
tangan keduanya (sebagaimana) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan
sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana”(QS Al-Maidah [5]: 38).Hukuman ini bukan dilakukan dengan semena-mena.
Ada batasan tertentu dan alasan yang sangat kuat sebelum diputuskan. Jadi bukan
bererti orang mencuri dengan serta merta dihukum potong tangan. Dilihat dulu
akar masalahnya dan apa yang dicurinya serta kadarnya. Jika ia mencuri kerana
lapar dan hanya mengambil beberapa butir buah untuk mengisi perutnya yang lapar,
tentunya tidak akan dipotong tangan. Berbeza dengan orang yang mampu yang
sememangnya sengaja memperkaya diri dengan menyalahgunakan jabatannya, tentunya
hukuman berat sudah pasti buatnya. Dengan demikian Syariat Islam akan menjadi
biasa dalam menjaga suasana tertib masyarakat terhadap berbagai tindak
pencurian.
No comments:
Post a Comment