Sunday, 20 March 2016

MEMELIHARA AKAL

Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolok bandingnya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan computer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak. Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah minda.

Islam melarang segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda. Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda. Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akal adalah haram di sisi syariat Islam.

Saintis,teknokrat dan jurutera hendaklah menghasilkan kajian dan ciptaan yang menggunakan ketajaman minda. Dalam waktu yang sama, kesan langsung hendaklah juga memelihara kecerdasan akal. Bukan satu kecemerlangan dalam ilmu apabila ciptaan yang dihasilkan baik dalam pelaksanaan, namun memberikan kesan buruk pada akal manusia.

Akal juga adalah ciri utama yang menentukan hakikat kemanusiaan. Dengan ini, Islam telah melarang umatnya untuk melakukan perkara-perkara yang merosakkan akan fikiran.Kedudukan akal manusia dalam pandangan Islam amatlah penting. Akal manusia diperlukan untuk memikirkan ayat-ayat Al-Quran dan sunnah menuju ke arah yang lebih baik. Salah satu cara yang paling utama dalam memelihara akal adalah dengan menghindari khamar (minuman keras) dan judi. Ayat-ayat Al-Quran menjelaskan sebagai berikut:
         
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai khamar (minuman keras) dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar dari manfaatnya.”

(QS Al-Baqarah [2]: 219)

No comments:

Post a Comment