Agama Islam sangat menghargai nyawa seseorang.
Oleh sebab itu, lakukanlah hukuman qisas yang merupakan suatu bentuk hukum
pembalasan. Seseorang yang telah membunuh orang lain akan dibalas dibunuh,
seseorang yang telah mencederai orang lain, dibalas dicederai, seseorang yang
yang telah menyakiti orang lain, akan dibalas disakiti secara setimpal. Dengan
demikian, seseorang akan takut melakukan kejahatan. Ayat Al-Quran menegaskan:
“Hai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan kepadamu
qisas (pembalasan) pada orang-orang yang dibunuh…”
(QS Al-Baqarah [2]:
178)
.
Namun, qisas tidak dilakukan jika si pelaku dimaafkan
oleh saudara yang telah disakiti olehnya, atau daiat (ganti rugi) telah
dibayarkan secara wajar. Ayat Al-Quran menerangkan hal ini:
“Barangsiapa mendapat
pemaafan dari saudaranya, hendaklah mengikuti cara yang baik dan hendaklah
(orang yang diberi maaf) membayar diat kepada yang memberi maaf dengan cara yang
baik (pula)”
(QS Al-Baqarah [2]: 178).
Nyawa merupakan ciptaan
unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan
tanggungjawab khalifah. Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang
dibenarkan oleh syarak. Sebagai contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas
pembunuh di bawah kes qisas. Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh
menyelamatkan nyawa.
Dalam waktu yang
sama,mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia.
Pensyariatan hukum dalam Islam mengambil kira keselamatan nyawa manusia dengan
mengkanunkan hukum-hukum pencegahan. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh
merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya, segala bahan kimia yang boleh
membunuh atau merosakkan diri manusia.
Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan
manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada
nyawa manusia. Contohnya, dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat
dan nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti
zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia. Dengan adanya Syariat Islam, maka pembunuhan
akan dapat dielakkan kerana para pembunuh akan berfikir berulang kali untuk
membunuh kerana nyawanya sebagai taruhan. Dengan begitu, jiwa orang beriman
akan terpelihara
No comments:
Post a Comment