Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Waaupun terdapat perkata yang tidak dapat dielakkan namun ia tidaklah menjadi
satu masalah besar dalam menyiapkan tugasan ini.
Namun begitu kami tetap berusaha mencari
dari pelbagai sumber dan hasilnya tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras
dan juga bantuan daripada rakan-rakan sekumpulan dalam menyiapkannya. Di sini saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Adnan bin Md Noor
merangkap pensyarah kami yang telah banyak memberi garis panduan dan sedikit
tunjuk ajar berkenaan perlaksaan tugasan ini.
Dalam kajian ini, kami dapat mengenal
pasti dan mempelajari peranan syariah dalam pelaksanaan sains dan teknologi.
Malah secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri
masyarakat diluar dalam membuat atau mencipta teknologi-teknologi baharu berlandaskan
garis panduan dalam Islam.
Justeru itu, saya amat berbesar hati
kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada waktunya. Akhir sekali,
ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Diharap hasil kerja kami ini dapat memberi sedikit
sebanyak pedoman dan panduan kepada masyarakat secara amnya. INSYA ALLAH.
Sekian, terima kasih.